Assalamualaikum dan salam sejahtera! Kali ini Cikgu Fer kongsikan Latihan Mudah Pemahaman Bahasa Melayu SR, kuiz interaktif yang sesuai untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 yang ingin mengukuhkan kemahiran mencari maklumat dalam petikan.
Latihan ringkas untuk membina keyakinan
Set ini mengandungi empat petikan pendek asal tentang membantu keluarga di dapur, aktiviti membaca di kelas, notis hari sukan dan penjagaan ikan. Setiap petikan mempunyai lima soalan mudah yang menumpukan maklumat tersurat.
Murid berlatih menjawab soalan seperti siapa, bila, di mana, berapa dan apa. Semua jawapan boleh ditemukan secara langsung dalam petikan. Ini sesuai sebagai latihan permulaan sebelum murid beralih kepada soalan inferens yang lebih mencabar.
Maklumat kuiz
- Sasaran: Tahun 4–6
- Bilangan: 20 soalan MCQ
- Aras: Mudah
- Pilihan: Empat pilihan dan satu jawapan betul setiap soalan
- Masa: 60 saat atau satu minit setiap soalan
- Markah Wayground: Satu markah setiap soalan, berjumlah 20 markah
- Maklum balas Wayground: Penerangan jawapan disediakan
Petikan lengkap disertakan pada setiap soalan. Oleh itu, murid tidak perlu bergantung pada soalan sebelumnya untuk mendapatkan maklumat, termasuk apabila susunan soalan dirawakkan.
Jom cuba kuiz!
Pilih platform yang sesuai: Wayground atau Blooket. Kedua-duanya mengandungi set 20 soalan pemahaman mudah yang sama. Guru boleh menggunakannya mengikut keperluan kelas.
Versi Blooket turut menggunakan gambar kulit yang sama, empat pilihan jawapan dan masa 60 saat setiap soalan. Guru boleh membuka set dan memilih mod permainan yang sesuai. Pemarkahan dan pengalaman permainan bergantung pada mod Blooket yang dipilih.
Cadangan PdP
- Baca bersama: Guru membimbing murid membaca satu petikan dengan sebutan dan jeda yang sesuai.
- Cari kata kunci: Minta murid mengenal pasti perkataan seperti bila, siapa dan di mana dalam soalan.
- Tunjukkan bukti: Sebelum memilih jawapan, murid menyebut ayat dalam petikan yang mengandungi maklumat tersebut.
- Ulang kaji selepas kuiz: Bincangkan soalan yang tersalah jawab dan galakkan murid membaca semula petikan dengan teliti.
Latihan boleh dibuat secara berpasangan sebelum murid mencuba sendiri. Guru boleh melaraskan masa mengikut kelancaran bacaan murid. Susunan rawak dan paparan jawapan selepas menjawab boleh dipilih semasa menyediakan sesi kelas.
Semoga bahan ini membantu murid membina keyakinan membaca dan menjawab soalan pemahaman. Selamat mencuba!
Latihan lanjutan: Latihan Pemahaman Bahasa Melayu SR – 50 Soalan Aras Campuran.
