Kata Perintah: Nota, Contoh Ayat dan Latihan

Cikgu Fer
0
Poster 3D Kata Perintah untuk Nota Tatabahasa

Kata perintah digunakan untuk memberikan arahan, melarang, mempersilakan atau meminta seseorang berbuat sesuatu.

Fungsi dan contoh ayat

1. Jangan

Fungsi Melarang

Contoh ayat Jangan pijak rumput itu.

2. Usah

Fungsi Melarang atau menasihati supaya tidak berbuat sesuatu

Contoh ayat Usah bimbang tentang perkara itu.

3. Sila

Fungsi Mempersilakan

Contoh ayat Sila duduk di kerusi ini.

4. Jemput

Fungsi Mengundang atau mempersilakan

Contoh ayat Jemput masuk ke rumah kami.

5. Tolong

Fungsi Meminta bantuan

Contoh ayat Tolong tutup tingkap itu.

6. Harap

Fungsi Menyatakan permintaan atau harapan

Contoh ayat Harap semua murid beratur dengan tertib.

Latihan ringkas

Pilih Sila atau Jangan. (1) ___ masuk ke bilik mesyuarat. (2) ___ sentuh alat yang panas itu.

Semak jawapan

1. Sila. 2. Jangan.

Rujukan Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Peta minda Kata Perintah

Tekan mana-mana cabang untuk lompat ke nota dan contoh ayatnya.

Peta minda Kata Perintah, 6 cabang dengan fungsi dan contoh ayat

Buka poster dalam saiz penuh ↗

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!