Kuiz ulang kaji ini membantu murid Tahun 4–6 mengenal fungsi kata tugas dan memilih kata yang tepat berdasarkan konteks ayat.
Sembilan topik dalam kuiz
Kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, kata bantu, kata penguat, kata nafi, kata pemeri dan kata sendi nama.
Baca nota dan contoh ayat bagi setiap topik.
Cara bermain
Pilih satu daripada dua platform di bawah. Baca ayat dengan teliti dan pilih satu daripada empat jawapan. Kuiz mengandungi 30 soalan aras mudah dengan 60 saat bagi setiap soalan. Wayground memberikan 1 markah bagi setiap jawapan betul. Skor Blooket mengikut mod permainan.
BUKA DI WAYGROUND BUKA DI BLOOKET
Cadangan PdP
Selepas kuiz, minta murid terangkan sebab pilihan jawapan mereka untuk dua soalan. Kemudian minta mereka bina satu ayat baharu menggunakan kata tugas yang sama.
